Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Saturday, December 26, 2009

Hadis-hadis Nabi Tentang Cara Bersolat

Beberapa hari yang lepas, Alhamdulillah saya diberi hidayah untuk "melihat-lihat" hadis-hadis yang terhimpun di dalam Shahih Bukhari yang saya donlot ke dalam PDA ku (program Pocket Islam). Oleh krn Hadis2 tu bhs arab, so saya try cari kut2 ada yg terjemahan dlm bhs melayu @ inggeris. Sebenarnya saya boleh baca hadis2 tu sikit2 walau pun xde baris, tp nak tau maknanya dengan lebih tepat kn la cari terjemahan. (tula dulu blajo basa arab memain...padan muka..)

Baca punya baca saya tertarik dengan kitab yang ke 16 iaitu Kitab Sifatussolah. Sblm tu nak cite sikit. Imam Bukhari dia susun hadis-hadis nabi ke dalam bab2 tertentu yang dipanggil KITAB, dan subnya dipanggil BAB. Jadi bermakna Kitab Sahih Bukhari terdiri daripada beberapa Kitab (kalau tak silap saya kira ada 100 Kitab semuanya). Balik semula kepada Kitab Sifatussolah. Dalam kitab ini dihimpunkan hadis2 nabi yang menceritakan tentang sifat / cara solat Rasulullah.

Subhanallah! Rupanya solat yang hampir 30 tahun saya buat selama ni kurang bertepatan dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah. (Adoi! camne lah ustaz aku dulu ajor... ke memang aku yg buat x betoi...) Saya  teringat hadis nabi "Solluu kama raitumuni usolli" dan "Khuzuu 'anni manasikakum": (solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat) dan (ambillah dariku cara ibadat kamu). Maka dengan itu ingin saya  kongsikan di sini beberapa hadis yang menerangkan sifat solat Rasulullah.

Tuesday, December 22, 2009

Kongsi Pendapat

Beberapa hari lepas on the way balik kampong, saya ada terdengar seorang deejay satu stesen radio swasta membaca satu kiriman SMS dpd pendengar yang menyatakan bahawa beliau akan berpuasa sunat jika pasukan bola malaysia berjaya mengalahkan vietnam. Bagi setengah orang mungkin akan menyokong azam individu ini. Tetapi bagi saya ia bukan satu tindakan yang tepat.

Persoalannya; Adakah bernazar / berniat berpuasa sunat kerana menang bola (seperti kes ini) disyariatkan di dalam Islam? 

Wednesday, December 2, 2009

Kongsi Audio

Berikut saya nak kongsikan beberapa link ceramah2 agama. Harap ianya dapat menjadi pedoman dan pengisian jiwa. Secara jujur, ia berkesan pada diri sy sendiri. Alhamdulillah, kefahaman sy terhadap Islam lebih jelas kini. Seperkara yg kita patut sedar ialah manusia itu tidak ada yang sempurna ilmunya. Maka tuntutlah ilmu itu dari ahlinya (fas alu ahla zikri).

1- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Penceramah yg paling kontroversi la ni. Dengarlah dulu apa yg dia kata barulah boleh menghakiminya)
2- Ann Wan Seng ( Alhamdulillah! Islam dah dia...dah jd ustaz pun. Try dengar apa dia cakap...)
3- Ust Zaharuddin Abdul Rahman  (muammalat islam, pelaburan internet dsb)
4- Ust Zahazan Mohamed  (Tafsir quran)

Tuesday, December 1, 2009

Kongsi Software

Saya sebenarnya tak banyak tau tentang software yg canggih manggih. Ada la beberapa sopwer yg sy selalu pakai yg nak dikongsikan di sini. Ada yg ori dan free, dan ada juga yg cracked. Pesanan saya, yg cracked tu sila guna atas tanggungan anda sendiri. Sebarang kerosakan PC akibat mendownload sebarang fail dalam blog ini atas risiko sendiri.

1) Selitkan ayat Quran dlm word atau try yang ini. Tak perlu taip, just 'klik n pick'
2) Mewujudkan 'tab' dalam word, excell dan powerpoint > OfficeTab

Kongsi Ebook (format CHM)

Bagi setengah orang mungkin agak asing dgn ebook format ini. Apa dia chm? CHM ialah file extension untuk Microsoft Compiled HTML Help. Ebook ini boleh dibaca dlm PC, juga boleh dicetak kalau suka. Yang saya paling suka tentang ebook jenis ini berbanding PDF ialah;
> saiznya yang kecik berbanding isinya.
> boleh dibaca dalam PDA saya.

Pun begitu, bg pengguna PDA perlu install chm reader dulu. Download sini. Pengguna PC tak perlu software khusus utk baca, sebab memang dia dah boleh baca...

Antara ebook yg saya nak kongsikan di sini ialah;

Kongsi Ebook (format PDF)

Fail PDF tentu shj tidak asing bg pengguna komputer. Berikut ingin sy kongsikan beberapa fail yg sy jumpa di internet. Bhn insyaAllah akan selalu diupdatekan. Selalu-selalulah datang menjenguk.....

1- Nasihat Para Imam Mazhab (thanx to Jak)
2- Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari) Jilid 1, 2 dan 3 (thanx to barjono dan antrie)