Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Tuesday, February 9, 2010

Istintsar dan istinsyaq Vs Neti pot

Saya yakin setengah orang mungkin akan berasa pelik dengan tajuk topik kali ini. Tak pernah dengar mungkin tentang perkara di atas. Walhal saya yakin sebahagian dari kita biasa mengamalkan perkara tersebut.
Untuk makluman mereka yang belum maklum, Istinstsar dan istinsyaq ialah sunnah Rasulullah yang sentiasa baginda melakukannya semasa wudhu' kecuali ketika sedang berpuasa. Istintsar ialah memasukkan air ke dalam hidung, manakala istinsyaq ialah mengeluarkan air dari hidung.
 
Bilakah Istintsar dan istinsyaq ini dilakukan?

Friday, February 5, 2010

PESANAN PENTING

Maklumat berikut SANGAT PENTING. Mohon agar pesanan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman ! Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia akan mendapat informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya. Waspadalah terhadap website di bawah ini kerana ia adalah dakyah orang kristian mempersoalkan kebenaran al-Quran, Hadith dan Islam....

1. www.answering-islam.org

2. www.thequran.com

3. www.allahassurance.com

Laman - laman tersebut telah sengaja dibuat oleh MUSUH-MUSUH ISLAM yang sentiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam. Sekali lagi, mohon agar pesanan ini dapat disebarkan kepada seluruh umat.
p/s - jika anda benar2 tidak kuat ilmu tentang islam dinasihatkan agar jgn mencari infomasi dari laman2 di atas kerana mereka berhujah berdasarkan logik akal semata-mata.

Donlot Kitab


Hari ni terjumpa link beberapa kitab yang sangat baik. Antaranya kitab Tafsir Ibn Kathir dalam BM dan juga BI. Format PDF dan juga CHM. Walau pun tak lengkap kesemua jilid, but its better than nothing... Selain itu ada juga Tafsir Ibn Qayyim dan juga kitab Mukhtasar Zadul Maad karangan Ibn Qayyim Al Jauziyyah jilid 1 hingga 5. Terima kasih kepada WARED7 kerana sudi berkongsi kitab2 ini. Semoga Allah Jalla wa 'Ala akan membalas kebaikannya.

Sila donlot DI SINI dan ada banyak lagi DI SINI
Nak lagi?? Gi  SINI. Donlot le mana nak. Tuan punya blog ni sangat pemurah. Tapi jangan donlot yang bukan-bukan dah. Aku tak nak tanggung jawab...

... sambungan (update 21 Mei 2010)
Hari ni terjumpa lagi koleksi kitab yang baaaaaaanyak sangat. Moh kita sama-sama DONLOTTT..