Tuesday, January 26, 2010
Rahsia Tarian Poco-Poco
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.
Friday, January 15, 2010
Sains dalam Al-Quran Melampaui Sains Manusia Zamannya.
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" [Al-Fussilat, 53]
Orang bukan Islam sering menuduh bahawa Al-Quran adalah ciptaan dan karangan Nabi Muhammad menyebabkan mereka tidak percaya isi kandungan Al-Quran dan Islam itu sebagai agama. Sedangkan Nabi Muhammad adalah seorang ummi (tidak tahu membaca). Mana mungkin baginda tahu untuk mengarang dan menceritakan sejarah nabi-nabi sebelumnya, cerita tentang langit, bumi, penciptaan makhluk dan berbagai lagi. Ditambah pula dengan gaya bahasa Quran yang para penyair agung arab sendiri surrender dengannya. Ini cukup menjadi dalil bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah Azza wajalla kepada Muhammad; hamba dan RasulNya.
Saturday, January 2, 2010
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
*Artikel berikut dipetik dari blog Dr Muhd Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis sebagai "bahan bacaan" mengenai isu nama Allah yang diputuskan oleh makhkamah baru2 ini.*
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya?
Nak Belajar Kira Bila Raya?
Pernah tak anda tertanya2 macam mana nak menentukan awal bulan Hijrah especially awal Ramadhan, Raya Puasa dan Raya Korban? Ke anda jenis yang tak ambik pusing hal itu... yang penting asal boleh raya!!! Sebenarnya inilah yang dikatakan ilmu Falak atau dipanggil juga oleh sesetengah orang sebagai ilmu astronomi. Ilmu ini mula-mula dipelopori oleh orang Islam, tetapi malangnya kini majoriti umat Islam tidak mengetahuinya.
Lantaran itu di sini ingin saya kongsikan sedikit ilmu daripada luasnya bidang ilmu Falak itu sendiri. Pun begitu
KAEDAH INI TIDAK 100% TEPAT. HANYA ANGGARAN SHJ. JADI PENGUMUMAN PENYIMPAN MOHOR BESAR DIRAJA MENGENAI TARIKH AWAL RAMADAN, RAYA PUASA DAN RAYA HAJI WAJIBLAH DIPATUHI. (JGN NGADA2 DEGIL IKUT KIRAAN SENDIRI)
Donlot SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)