Beberapa hari yang lepas, Alhamdulillah saya diberi hidayah untuk "melihat-lihat" hadis-hadis yang terhimpun di dalam Shahih Bukhari yang saya donlot ke dalam PDA ku (program Pocket Islam). Oleh krn Hadis2 tu bhs arab, so saya try cari kut2 ada yg terjemahan dlm bhs melayu @ inggeris. Sebenarnya saya boleh baca hadis2 tu sikit2 walau pun xde baris, tp nak tau maknanya dengan lebih tepat kn la cari terjemahan. (tula dulu blajo basa arab memain...padan muka..)
Baca punya baca saya tertarik dengan kitab yang ke 16 iaitu Kitab Sifatussolah. Sblm tu nak cite sikit. Imam Bukhari dia susun hadis-hadis nabi ke dalam bab2 tertentu yang dipanggil KITAB, dan subnya dipanggil BAB. Jadi bermakna Kitab Sahih Bukhari terdiri daripada beberapa Kitab (kalau tak silap saya kira ada 100 Kitab semuanya). Balik semula kepada Kitab Sifatussolah. Dalam kitab ini dihimpunkan hadis2 nabi yang menceritakan tentang sifat / cara solat Rasulullah.
Subhanallah! Rupanya solat yang hampir 30 tahun saya buat selama ni kurang bertepatan dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah. (Adoi! camne lah ustaz aku dulu ajor... ke memang aku yg buat x betoi...) Saya teringat hadis nabi "Solluu kama raitumuni usolli" dan "Khuzuu 'anni manasikakum": (solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat) dan (ambillah dariku cara ibadat kamu). Maka dengan itu ingin saya kongsikan di sini beberapa hadis yang menerangkan sifat solat Rasulullah.