Beberapa hari lepas on the way balik kampong, saya ada terdengar seorang deejay satu stesen radio swasta membaca satu kiriman SMS dpd pendengar yang menyatakan bahawa beliau akan berpuasa sunat jika pasukan bola malaysia berjaya mengalahkan vietnam. Bagi setengah orang mungkin akan menyokong azam individu ini. Tetapi bagi saya ia bukan satu tindakan yang tepat.
Persoalannya; Adakah bernazar / berniat berpuasa sunat kerana menang bola (seperti kes ini) disyariatkan di dalam Islam?
Puasa adalah satu bentuk ibadat orang islam untuk taqarrub kepada Nya.. Dan puasa itu wajib diniatkan kerana Allah SWT semata-mata. Antara puasa sunat yang warid daripada nabi Muhammad SAW ialah puasa sunat pada hari isnin dan khamis (itupun tidak dibenarkan untuk berniat "sahaja aku berpuasa pada hari isnin/khamis krn Allah"), puasa sunat tasu'a dan 'asyura, puasa enam bulan syawal dan sebagainya.
Perlawanan bola tersebut tidak membawa manfaat langsung kepada agama Islam. Malah di dalamnya terkandung pelbagai kemaksiatan yang sewajarnya dielakkan. Maka amatlah tidak kena jika kita mengaitkan ibadah puasa yang suci dengan kemenangan bermain bola sepak. Walau pun beliau terlalu gembira dengan kemenangan tersebut pilihlah jalan lain untuk menyatakan kegembiraan atau kesyukuran itu. Pergi belanja kawan ke atau sebagainya.
Rasulullah pernah bersabda;
"Jauhilah, hal-hal baru dalam urusan agama, karena sesungguhnya setiap bid'ah adalah kesesatan."
[Diriwayatkan oleh Ahmad dari Irbad bin Sariyah. 43, 44; dan Hakim. 1:95; dan Ibn Hibban]
"Barangsiapa mengada-adakan sesuatu dalam urusan kami, dan ia tidak ada dalam ajaran kami, maka sesuatu itu tidak diterima."
[Muttafaq 'Alaih. Diriwayatkan oleh Bukhari, 2697; dan diriwayatkan oleh Muslim. 1718]
Semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah Azza wa Jalla.
0 Komen:
Post a Comment