Saya yakin setengah orang mungkin akan berasa pelik dengan tajuk topik kali ini. Tak pernah dengar mungkin tentang perkara di atas. Walhal saya yakin sebahagian dari kita biasa mengamalkan perkara tersebut.
Untuk makluman mereka yang belum maklum, Istinstsar dan istinsyaq ialah sunnah Rasulullah yang sentiasa baginda melakukannya semasa wudhu' kecuali ketika sedang berpuasa. Istintsar ialah memasukkan air ke dalam hidung, manakala istinsyaq ialah mengeluarkan air dari hidung.
Untuk makluman mereka yang belum maklum, Istinstsar dan istinsyaq ialah sunnah Rasulullah yang sentiasa baginda melakukannya semasa wudhu' kecuali ketika sedang berpuasa. Istintsar ialah memasukkan air ke dalam hidung, manakala istinsyaq ialah mengeluarkan air dari hidung.
Bilakah Istintsar dan istinsyaq ini dilakukan?
Dari Humran (bekas hamba 'Uthman bin 'Affan yang telah dibebaskan) , aku melihat 'Uthman bin 'Affan meminta air untuk berwudhu’. Dia telah menuang air ke atas kedua tangannya dan membasuhnya 3 kali dan kemudian memasukkan tangan kanannya ke dalam bejana air dan berkumur-kumur dan mencuci hidungnya dengan memasukkan air ke dalamnya dan menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya 3 kali, tangannya hingga ke siku 3 kali, kemudian menyapu tangannya yang basah ke seluruh kepalanya dan kemudian membasuh setiap kakinya 3 kali. Selepas itu ‘Uthman berkata, “ Aku melihat Nabi berwudhu’ sama macam yang aku buat tadi.” - Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Dari hadis di atas jelaslah bila dan bagaimana Istintsar dan istinsyaq ini dilakukan. Soalnya, kenapa saya ketengahkan sunnah ini? Jawabannya kerana ramai umat islam sekarang telah meninggalkan sunnah ini. Tanyalah pada diri tuan/puan sendiri. Adakah anda mengamalkannya? Alhamdulillah jika “Ya” jawabannya. Setengah orang mungkin beralasan ala… sunat je… tak buat pun tak pe…
Sebenarnya ini adalah pegangan yang silap. Betul, dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 6 tidak menyebutkan tentang Istintsar dan istinsyaq ini dalam berwudhu’. Tetapi bukankah Allah Azza wa Jal memerintahkan untuk mengikuti NabiNya di mana beliau adalah pemberi penjelasan terhadap perintah-perintahNya. Rasulullah sendiri telah memerintahkan “ambillah dari ku cara ibadat kamu”. Sesungguhnya tidak seorang pun daripada periwayat hadis yang meriwayatkan sifat wudhu’ Nabi secara terperinci tanpa menyebutkan masalah istintsar dan istinsyaq serta berkumur-kumur, maka ini menjadi bantahan bagi mereka yang meringan-ringankan hal Istintsar dan istinsyaq serta berkumur-kumur di dalam wudhu’.
Wallahi! Sebenarnya saya pun baru saja mengamalkan sunnah ini kerana baru saja mengambil berat tentangnya. Sepanjang saya mengamalkan sunnah ini banyak kebaikan yang saya peroleh. Antaranya; hidung bersih tanpa taik hidung, hidung tak tersumbat lagi dah, selsema dan migraine pun hilang dan bila mengaji dengung dan idgham menjadi lebih tepat dan mantap lagi. Kalau tak sengau semacam je sebab hidung tersumbat.
Jadi, apa pula kaitannya dengan neti pot?
Neti pot adalah inovasi perubatan untuk mencuci dan membersihkan rongga sinus. Anda boleh cari di laman Youtube tentang neti pot ni. Melambak ada. Salah satunya saya embedkan kat bawah ni.
Sekarang, tidakkah anda terfikir bahawa keperluan mencuci hidung ini telah dinyatakan oleh Allah Jalla wa ‘Ala melalui NabiNya 1430 tahun dahulu sebelum manusia sendiri pernah dengar tentangnya. Sedangkan sains baru-baru ni je sedar tentangnya. Maka siapakah yang lebih benar perkataannya, dari orang yang menyeru kepada Agama Allah.
3 Komen:
assalamualaikum.
terima kasih cikgu.
betul2 bermanfaat.
kdg2 kita selalu meremehkan hal2 sunat.
slalu terlepas pndg yg perkara2 sunat tu byk hikmahnya.
syukran2.
tkasih krana byk mberi info yg memang akak cari slama ini. Smoga catatan ini mberi manfaat kpd semua
terima kasih ckg mus..agak selalu jgk sy amalkan,tp agak selalu jgk sy terlupa utk mengamlkannye. InsyaAllah lepas ni sy akn selalu mengamalkannye.
Post a Comment