Tiada kata dapat diungkap bila melihat kekejaman rejim israel terhadap rakyat Palestin. Tiada daya upaya untuk membantu saudara seagama selain menumpahkan air mata dengan hati yang hancur.
Jangan cuma begitu....
Ada lagi yang boleh kita sumbangkan. Selain sekupang dua yang kita letak ke dalam mana-mana tabung Palestin, marilah kita berdoa Qunut Nazilah demi kesejahteraan mereka dan kemusnahan untuk rejim israel. Ini sunnah yang diajar oleh Rasulullah.
Saya nukilkan di sini sepotong hadis yang ringkas (yang panjang pun ada.... tapi yang pendek pun dah memadai.....) dari Sahih Bukhari sebagai dalil.
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Za'idah dari At Taimi dari Abu Mijlaz dari Anas bin Malik ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melaksanakan qunut selama satu bulan untuk mendo'akan (kebinasaan) atas suku Ri'la dan Dzakwan."
Ada beberapa doa qunut yang boleh diamalkan, antaranya;
Dan juga....
Maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
-maaf jika imej kurang terang. Sila google "Qunut Nazilah" untuk dapatkan imej yang lebih baik-
Anda juga boleh muat turun bacaan Qunut Nazilah dalam format PDF dengan klik pautan di bawah:
Bila nak baca?
Rasulullah baca selepas bangun dari rukuk pada rakaat terakhir dalam mana-mana solat fardhu. Diriwayatkan pernah juga Rasulullah membacanya dalam rakaat terakhir solat witir.
Pun begitu saya belum berjumpa dengan hadis yang menganjurkan supaya mengadakan solat hajat (seperti yang biasa dilakukan oleh sebahagian dari kita di Malaysia) apabila ingin mendoakan keselamatan untuk kaum muslimin dan kemusnahan untuk musuh.
Rasulullah baca selepas bangun dari rukuk pada rakaat terakhir dalam mana-mana solat fardhu. Diriwayatkan pernah juga Rasulullah membacanya dalam rakaat terakhir solat witir.
Pun begitu saya belum berjumpa dengan hadis yang menganjurkan supaya mengadakan solat hajat (seperti yang biasa dilakukan oleh sebahagian dari kita di Malaysia) apabila ingin mendoakan keselamatan untuk kaum muslimin dan kemusnahan untuk musuh.
Wallahu a'lam...
0 Komen:
Post a Comment