Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Friday, February 5, 2010

Donlot Kitab


Hari ni terjumpa link beberapa kitab yang sangat baik. Antaranya kitab Tafsir Ibn Kathir dalam BM dan juga BI. Format PDF dan juga CHM. Walau pun tak lengkap kesemua jilid, but its better than nothing... Selain itu ada juga Tafsir Ibn Qayyim dan juga kitab Mukhtasar Zadul Maad karangan Ibn Qayyim Al Jauziyyah jilid 1 hingga 5. Terima kasih kepada WARED7 kerana sudi berkongsi kitab2 ini. Semoga Allah Jalla wa 'Ala akan membalas kebaikannya.

Sila donlot DI SINI dan ada banyak lagi DI SINI
Nak lagi?? Gi  SINI. Donlot le mana nak. Tuan punya blog ni sangat pemurah. Tapi jangan donlot yang bukan-bukan dah. Aku tak nak tanggung jawab...

... sambungan (update 21 Mei 2010)
Hari ni terjumpa lagi koleksi kitab yang baaaaaaanyak sangat. Moh kita sama-sama DONLOTTT..

0 Komen: