Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Saturday, March 27, 2010

BAGAIMANA NAK SOLAT DALAM KAPAL TERBANG?

Senario tidak bersembahyang ketika menaiki kapal terbang adalah satu senario yang memang benar-benar berlaku . Dan ianya bukan sahaja berlaku kepada sebahagian jemaah haji daripada Malaysia , bahkan " bala " ini juga menimpa SEGELINTIR pelajar-pelajar jurusan agama drp Malaysia yang pulang bercuti / pulang terus ke tanah air tercinta. Di antara sebab-sebab mereka tidak menunaikan sembahyang ialah :

A ~ Tidak boleh mengambil wudhuk di dalam kapal terbang .
B ~ Sudahlah tidak boleh berwudhuk , hendak bertayammum pun tidak boleh sebab tiada tanah .
C ~ Tidak tahu dimanakah qiblat .
D ~ Semasa hendak bersembahyang , keadaan tidak mengizinkan kita mengadap ke arah qiblat .
E ~ Tak apa tidak sembahyang , nanti sampai kita boleh qadha kembali sembahyang itu .

Ikuti kisah selanjutnya di SINI.

Panduan Ibadat Orang Sakit

 Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.

Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.

Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.

Ikuti cerita selanjutnya tentang Aminah dari sumbernya.

Untuk mengetahui panduan yang agak terperinci berhubung cara beribadat bagi pesakit, sila donlot SINI dan SINI.

Kadang kala apabila sakit, kita terlalu 'lemah' sehingga menangguhkan solat dengan harapan akan menunaikannya bila kita sihat nnt. Sedangkan tanpa disedari, kita sendiri tak pasti samada boleh hidup lagi lepas sakit ni....- sekadar ingatan kepada diri sendiri.