Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Friday, September 24, 2010

Alahai.... dah nak raya...

Alahai dah nak raya rupanya... makin dekat raya, makin takut dibuatnya. Sebab apa? Apa tidaknya rekod accident setiap tahun sangat menakutkan. Selalu pecah rekod tahun sebelumnya! Buat la Ops! apa pun, Opocot! juga jawabnya.

Bala apakah ini?? Saya selongkar punca bala’ boleh diturunkan, menyingkap ibadah Ramadhan orang Melayu kita. Syariat agama yang sudah bertukar menjadi budaya. Puasa tapi tak solat. Puasa tapi tak tutup aurat. Berbuka ikut nafsu bukan ikut nabi berlebih-lebih dan membazir.
Di hotel kita makan sekehendak perut awalnya saja ikut sunnah nabi seterusnya ikut sunnah Yahudi lepas kurma bubur, lepas bubur pasembur, lepas pasembur sup, lepas sup satay, lepas satay nasi dengan lauk penuh pinggan air 3 jenis tak termasuk cendol semuanya tak habis. Maghrib entah ke mana. Hotel yang kaya. Hotel tak ambil peduli soal solat mereka yang berbuka.

Sila baca lanjutan artikel ini dr blog asalnya. 
Tonton juga video INI.

0 Komen: