Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Thursday, January 27, 2011

Emak Ingin Naik Haji

Menonton filem ini membuatkan aku rasa sebak sendiri. Betapa terlalu sedikit pengorbanan ku kepada arwah mak dan bapak waktu mereka hidup dulu. Untunglah bagi mereka yang masih punya emak dan bapak untuk bermanja dan membalas jasa-jasa mereka.

Walau pun filem ini kurang berkualiti gambarnya (filem 2009) dan di"sedut" dari CD pulak tu, bukannya bluray dsbnya, ditambah pula dengan bahasa indonesia yang mungkin tak ramai yang meminatinya, tapi tema, jalan cerita dan pengajarannya membuatkan filem ini tidak rugi untuk didonlot dan ditonton bersama keluarga. Akan lebih indah lagi jika ia ditonton bersama emak tercinta.

Sinopsis filem ini adalah spt berikut :
Kisah diawali dengan kehidupan Zein (Reza Rahadian) dan Emak (Aty Kanser) di pesisir pantai. Zein yang sibuk dengan hidup rumah tangganya, akhirnya harus menerima kenyataan pernikahannya gagal dan harus menjadi duda. Hidup berdua, setelah sang ayah dan kakaknya meninggal, membuat Zein sangat menyayangi emaknya. Untuk hidup sehari-harinya, Zein bekerja sebagai penjaja lukisan keliling. Emak sendiri bekerja sebagai pembantu di keluarga Bang Haji (Didi Petet).
Suatu hari, Zein menyadari ada satu mimpi emaknya yang belum terwujud, yakni menunaikan ibadah haji. Sadar bahwa bukan orang berada, Emak rela menabung bertahun-tahun untuk mewujudkan mimpinya. Zein yang melihat semangat sang emak untuk bekerja dan menabung meski usia emaknya sudah tidak muda lagi, membuat hatinya tergerak. Secara tak sengaja, ia melihat program undian berhadiah yang hadiahnya naik haji jika berbelanja suatu produk dengan kelipatan tertentu. Ia pun mengumpulkan kupon undian yang dibuang pengunjung. Selang beberapa hari kemudian, di sebuah koran ia melihat pengumuman undian tersebut. Antara percaya dan tidak, nombor undian milik Zein lah yang memenangkan hadiah utama untuk naik haji.
Bagaimana kisah selanjutnya??? Donlot dan tontonlah sendiri.......

CD1
CD2

Terima kasih kepada akhdian.com yang sudi berkongsi filem ini.

3 Komen:

Liyana Mujahid said...

assalamualaikum.
biasanya org paparkan kisah penderhakaan si anak, tp cerita ni menarik!
antara cara anak utk berbakti pada org tua.
terima kasih banyak2 cikgu berkongsi :)

Abu Aiman said...

Sebenarnya banyak lagi cerita2 berpengajaran yg ingin dikongsikan. Tapi oleh krn line berukband ni lembab maka tak dapat nak upload. Contohnya cuba cari cerita "Para Pencari Tuhan" (PPT) kat Youtube. Ada uploader yg dah bg PPT ini dari siri 3 ke siri 4 selengkapnya.

nora shaari said...

mcm mana ni....cd 2 tak dpt2 nak di download. Tention ni....