Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Saturday, December 3, 2011

ARRANGED - Mesti Tonton!


Movie ni pernah ditayangkan di TV Al-Hijrah minggu lepas. Tapi saya ter'miss' masa tayangannya. So saya try meng'google'..... dapat!!!  Cerita ini cuba memaparkan bahawa manusia ini secara fitrahnya sukakan keamanan dan persaudaraan. Walau pun di antara muslim dan yahudi yang memang mempunyai sejarah permusuhan yang tersendiri.

Di barat cerita2 positif tentang Islam kebelakangan ini semakin mendapat perhatian. Ada yang buat drama bersiri. Little Mosque in the Prairie contohnya dah masuk musim ke-5 ditayangkan. Walau pun sebenarnya pelakun dan pengarahnya ramai yang bukan Islam. Sebab itulah bilangan yang memeluk islam di Barat semakin ramai. Pemain bola sepak dunia pun ramai yang dah masuk Islam. Adik ipar Tony Blair pun dah masuk Islam. Mike Tyson yang samseng tu pun dah masuk Islam. Penyanyi rap pun dah ada yang masuk Islam!!! Tengok laporan surat khabar pada awal Muharram yang lepas (saya tak ingat samada Utusan atau BH).

Tapi malangnya di Malaysia, setelah 54 tahun merdeka, bukan Islam masih ramai yang tak faham tentang Islam. Malah ramai yang masih takut dan ragu dengan kebenaran Islam. Yang mereka tahu hanyalah (pada agakan saya) kalau nak masuk Islam mesti potong anu, sapa mencuri kena potong tangan, sapa kena rogol kena bawak 4 saksi kalau nak dakwa si perogol tu. Ini semua adalah persepsi yang salah tentang Islam. Kita telah memberi gambaran yang salah tentang Islam.

Islam mesti dimulakan dengan AKIDAH. Sebab itu tiang utama dalam Rukun Islam adalah kalimah SHAHADAH. Ia bukan sahaja kalimah pra-syarat masuk Islam, malah ia lebih besar dari itu. Betapa ramai yang sejak lahir lagi dah Islam tapi tak memahami perkara ini. Tangkal pakai jugak. Cincin azimat sarung jugak. Ilmu kebal tuntut jugak. Pelaris perniagaan gantung jugak (termasuklah yang menggantung ayat Seribu Dinar dengan keyakinan bahawa rezeki akan datang jika menggantungnya). Pontianak, langsuir, jenglot, pocong, hantu raya percaya jugak. Maka bukan Islam tak nampak perbezaan akidah Islam dengan akidah mereka. Sebab depa pun ada pakai tangkal mangkal semua ni. Cam same je.... dia kata.

Selain penguasa dan ulamak (yang saya tak perlu citer peranannya), karyawan seni juga sebenarnya boleh memberi impak positif dalam hal ini. Kalau di Indonesia mereka ada Habiburrahman Al-Shirazy yang telah banyak menghasilkan novel pembangun jiwa. Malah telah difilemkan; Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta contohnya. Di Malaysia saya belum nampak yang boleh dibanggakan. Mungkin Erma Fatima dengan Kitab Cinta dan Tahajjud Cintanya boleh dimasukkan. Nampaknya kebelakangan ini Erma Fatima semakin berminat untuk membuat cerita2 yang Islamik. Sangat bagus! Namun drama Tahajjud Cinta telah memberi calar kepada imej Islam sebenarnya. Ia telah menggambarkan sistem pendidikan pondok yang rigid, kuno dan songsang. Ini satu perkara negatif yang tak sepatutnya ditonjolkan. Imej Islam telah dirosakkan secara tidak langsung. Malangnya banyak cerita melayu yang begini. Menggambarkan orang yang berserban, berjubah sebagai sesat. Ini bukan satu yang positif. Islam tercalar dengan cerita yang begini.

Kita perlu banyakkan cerita yang memberi imej positif tentang Islam. Ini adalah satu dakwah. Dalam masa yang sama, berhentilah dari membuat cerita samseng, cerita hantu, khurafat, pergaulan bebas yang langsung takde pekdahnya tu. Tolonglah beri imej positif kepada Islam dalam cerita2 kalian.

Untuk akhirnya bagi yang berminat untuk tonton filem di atas silakan donlot di bawah dan combine guna winrar...

PART 1    PART 2     PART 3     PART 4

0 Komen: