Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Friday, January 15, 2010

Sains dalam Al-Quran Melampaui Sains Manusia Zamannya.

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"                                            [Al-Fussilat, 53]

Orang bukan Islam sering menuduh bahawa Al-Quran adalah ciptaan dan karangan Nabi Muhammad menyebabkan mereka tidak percaya isi kandungan Al-Quran dan Islam itu sebagai agama. Sedangkan Nabi Muhammad adalah seorang ummi (tidak tahu membaca). Mana mungkin baginda tahu untuk mengarang dan menceritakan sejarah nabi-nabi sebelumnya, cerita tentang langit, bumi, penciptaan makhluk dan berbagai lagi. Ditambah pula dengan gaya bahasa Quran yang para penyair agung arab sendiri surrender dengannya. Ini cukup menjadi dalil bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah Azza wajalla kepada Muhammad; hamba dan RasulNya.

Di dalam Al-Quran juga Allah telah mengungkapkan banyak ayat yang melangkaui zaman. Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melangkaui zaman ia diturunkan (lebih kurang 610 masehi).

Pada zaman Rasulullah SAW yang dikenali zaman jahiliah, Allah menerangkan secara jelas dan terperinci kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.

Sebagai orang sains, saya suka untuk melihat kebenaran Al-Quran dari sudut sains. Mari kita bandingkan sains Al-Quran dan sains zaman ini dari beberapa sudut.

1: KELAJUAN CAHAYA
Pada tahun 1676, Ole Roemer menganggarkan kelajuan cahaya ialah 227,000,000 m/s, diikuti oleh beberapa orang saintis selepas itu sehinggalah pada 21 Oktober 1983, General Conference on Weights and Measures menetapkan nilai standard untuk kelajuan cahaya ialah 299,792,458 m/s.

Apa kata Al-Quran dalam perkara ini?
"Dia mengatur urusan dari langit sampai ke bumi, kemudian naik (kembali) kepadaNya dalam satu hari yang lamanya seribu tahun, menurut apa yang kamu perhitungkan (sekarang)"        [As-Sajadah : 5]

Untuk memahami ayat di atas mari lihat klip di bawah atau lawati website INI.






2: KEJADIAN MANUSIA DALAM RAHIM IBU


Allah berfirman (Surah Al-Mu’minun : Ayat 12-14) bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.

Firman Allah di atas telah diakui kebenarannya oleh seorang professor kristian bernama Dr Keith L. Moore (yang akhirnya memeluk Islam). Ikuti perakuan beliau di SINI dan SINI. Di samping itu sila lihat juga LINK INI bagi yang lebih selesa dengan BM

bersambung....

0 Komen: