Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Wednesday, December 2, 2009

Kongsi Audio

Berikut saya nak kongsikan beberapa link ceramah2 agama. Harap ianya dapat menjadi pedoman dan pengisian jiwa. Secara jujur, ia berkesan pada diri sy sendiri. Alhamdulillah, kefahaman sy terhadap Islam lebih jelas kini. Seperkara yg kita patut sedar ialah manusia itu tidak ada yang sempurna ilmunya. Maka tuntutlah ilmu itu dari ahlinya (fas alu ahla zikri).

1- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Penceramah yg paling kontroversi la ni. Dengarlah dulu apa yg dia kata barulah boleh menghakiminya)
2- Ann Wan Seng ( Alhamdulillah! Islam dah dia...dah jd ustaz pun. Try dengar apa dia cakap...)
3- Ust Zaharuddin Abdul Rahman  (muammalat islam, pelaburan internet dsb)
4- Ust Zahazan Mohamed  (Tafsir quran)


Rakaman Al-Kulliyyah - diambil dr http://www.ceramahislam.com


Tamil Lectures- diambil dr http://www.ceramahislam.com



0 Komen: