Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Saturday, December 26, 2009

Hadis-hadis Nabi Tentang Cara Bersolat

Beberapa hari yang lepas, Alhamdulillah saya diberi hidayah untuk "melihat-lihat" hadis-hadis yang terhimpun di dalam Shahih Bukhari yang saya donlot ke dalam PDA ku (program Pocket Islam). Oleh krn Hadis2 tu bhs arab, so saya try cari kut2 ada yg terjemahan dlm bhs melayu @ inggeris. Sebenarnya saya boleh baca hadis2 tu sikit2 walau pun xde baris, tp nak tau maknanya dengan lebih tepat kn la cari terjemahan. (tula dulu blajo basa arab memain...padan muka..)

Baca punya baca saya tertarik dengan kitab yang ke 16 iaitu Kitab Sifatussolah. Sblm tu nak cite sikit. Imam Bukhari dia susun hadis-hadis nabi ke dalam bab2 tertentu yang dipanggil KITAB, dan subnya dipanggil BAB. Jadi bermakna Kitab Sahih Bukhari terdiri daripada beberapa Kitab (kalau tak silap saya kira ada 100 Kitab semuanya). Balik semula kepada Kitab Sifatussolah. Dalam kitab ini dihimpunkan hadis2 nabi yang menceritakan tentang sifat / cara solat Rasulullah.

Subhanallah! Rupanya solat yang hampir 30 tahun saya buat selama ni kurang bertepatan dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah. (Adoi! camne lah ustaz aku dulu ajor... ke memang aku yg buat x betoi...) Saya  teringat hadis nabi "Solluu kama raitumuni usolli" dan "Khuzuu 'anni manasikakum": (solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat) dan (ambillah dariku cara ibadat kamu). Maka dengan itu ingin saya  kongsikan di sini beberapa hadis yang menerangkan sifat solat Rasulullah.


Hadis No. 702: Diriwayatkan dari Salim bin 'Abdullah R.hu: Ayahku berkata, Rasulullah akan mengangkat kedua belah tangannya hingga ke paras bahu apabila memulai solat (takbiratul ihram), dan semasa takbir untuk ruku'. Dan ketika mengangkat kepala daripada ruku' baginda akan melakukan perkara yang sama kemudian berkata "Sami allahu Liman hamidah, Rabbana walakal hamd." Dan baginda tidak melakukan demikian (mengangkat tangan) ketika sujud.
Juga disebut perkara yang sama dalam hadis no 703-706 oleh Rawi yang lain.

Hadis No. 710: dari Anas bin Malik R.hu: Bahawasanya Nabi SAW, Abu Bakar dan 'Umar R.anhum, adalah mereka memulakan solah dengan "Alhamdu lillahi Rabbil'alamin." (mungkin sebab tu imam mekah kita takkan dengar dia baca bismillah..wallahu'alam)

Hadis No. 711: dari Abu Huraira R.hu: Rasulullah SAW biasa diam diantara Takbir dan membaca Quran (Fatihah) dan jangkamasa diam itu sekejap sahaja. Aku berkata kepada Nabi "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah! Apakah yang kau kata semasa diam antara Takbir dan bacaan?" Rasul menjawab, "aku berkata (berdoa), 'Allahumma, ba'id baini wa baina khatayaya kama ba'adta baina-l-mashriqi wa-l-maghrib. Allahumma, naqqim min khatayaya kama yunaqqa-ththawbu-l-abyadu mina-ddanas. Allahumma, ighsil khatayaya bil-ma'i wa-th-thalji wal-barad'." (Inilah doa iftitah yang selalu dibaca oleh rasulullah)

Hadis No. 723: dari 'Ubada bin As-Samit R.hu: Rasulullah bersabda, "Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah Al-fatihah)" (mungkin hadis ini menjadi hujjah As-Syafie membaca Bismillah semasa baca fatihah..wallahu'alam)

Hadis No. 756: dari Mus'ab bin Sa'd R.hu: "Aku menunaikan solat sebelah ayahku dan meletakkan kedua belah tanganku diantara lutut. Ayahku menegurku jangan melakukan begitu dan berkata,"kami pernah melakukan yang sama tetapi ditegah oleh nabi dan telah mengarahkan kami untuk meletakkan tangan di ATAS lutut."

Hadis No. 760: dari 'Aisha R.ha: Nabi biasa berkata dalam ruku' dan sujudnya, "Subhanaka-Allahumma Rabbana wa-bihamdika Allahumma-ighfirli".

Hadis No. 775: dari Ibn 'Abas R.hu : Telah diperintahkan Rasulullah (oleh Allah) untuk sujud di atas 7 bahagian dan tidak perlu melipat (menyelak) pakaian atau rambut (ketika sujud). Bahagian tersebut ialah dahi termasuklah hujung hidung, kedua (tapak) tangan, kedua lutut, dan kedua (jari2) kaki.

Hadis No. 787: dari Anas bin Malik: Nabi SAW bersabda "Luruslah kamu dalam sujud. Dan jangan letakkan lengan kamu di atas tanah seperti anjing".

Mafhum dari Hadis N0. 792: 'Abdullah bin 'Umar menegur 'Abdullah bin 'Abdullah kerana menyilangkan kaki semasa duduk antara 2 sujud. Katanya cara yang paling betul adalah kaki kanan ditegakkan dan kaki kiri dibengkokkan kecuali jika uzur/sakit.

Hadis No. 793: dari Muhammad bin 'Amr bin 'Ata' juga mendetailkan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas dengan sedikit tambahan contohnya Rasulullah membengkokkan jari2 kakinya kehadapan (mengadap kiblat) semasa sujud.

Hadis No. 797: dari 'Aisha isteri Rasulullah SAW: Rasulullah berdoa dalam solat katanya "Allahumma inni a'udhu bika min adhabil-qabri, wa a'udhu bika min fitnatil-masihid-dajjal, wa a'udhu bika min fitnatil-mahya wa fitnatil-mamati. Allahumma inni a'udhu bika minal-ma thami wal-maghrami". Seseorang bertanya kepada baginda, "kenapa kamu sangat selalu memohon perlindungan Allah dari orang yang hutang? Nabi menjawab,"Seorang yang berhutang akan berbohong apabila bercakap, dan mungkir apabila berjanji". (ini adalah doa yang nabi selalu ucapkan selepas tahyat, sebelum memberi salam.)

Dari pemerhatian saya, daripada himpunan hadis2 Sahih Bukhari dlam Kitab Sifatussolah ini, ada dua (2) perkara yang kita biasa buat dalam solat tetapi tidak saya jumpai hadis yang menyebutkan tentang perkara tersebut, ie:
    - melafazkan niat "Usolli fardhu .......
    - menyapu muka selepas salam.

Mohon kepada sesiapa yang mungkin ada terjumpa hadis yang menyebutkan 2 perkara ini untuk berkongsikan ilmu. Sehingga itu saya mengambil pendekatan untuk tidak membaca 'usolli' (cukup berniat dalam hati, takbir dan terus solat-berpandukan hadis pertama dalam Sahih Bukhari "innamal a'malu bin niah"; setiap perbuatan itu dengan niat) dan tidak menyapu muka selepas salam dengan alasan mereka-reka rukun / cara ibadat yang tidak ada nas dari Quran dan Hadis adalah tidak wajar (Haram) berdasarkan 2 hadis pertama yang saya sebut dalam pengenalan di atas.

Wallahu a'lam. Mohon kepada sesiapa yang lebih arif membetulkan kesilapfahaman saya jika ada.

Nota: - Bg mereka yg nak donlot sahih bukhari ke dlm PDA, donlot SINI (Pocket Islam)
          - Bg mereka yg nak doa2 di atas dalam tulisan arabnya boleh donlot kitab Hisnul Muslim

1 Komen:

Anonymous said...

Awesome issues here. I'm very happy to look your article. Thank you so much and I am having a look forward to contact you. Will you kindly drop me a mail?

my web-site mirror.gist.ac.kr