Salam Perkenalan

Assalamu 'ala kulli muslimin, wa salamun 'ala manittaba'al huda.
Salam sejahtera atas semua muslimin dan salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk.


Saya memulai blog ini "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Menyedari bahawa duitku taklah banyak mana untuk selalu disedekahkan dan tidak ada jaminan yang anak2 akan mendoakanku setelah aku mati nanti (Ya Allah, Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh yang selalu mendoakan kebaikan kepada orang tuanya..amin!), maka blog ini aku tuliskan. Moga2 segala ilmu/bahan yang aku kongsikan di sini membawa manfaat kepada ramai manusia.

Pun begitu apa yang tertulis di sini kebanyakannya bukanlah original daripada aku sendiri kerana aku ini seorang yang jahil lagi kurang ilmu. Setiap yang aku 'sharekan' di sini akan ku tuliskan dari mana ku mengambilnya, insyaAllah.
Blog ini terbaik dilayari menggunakn browser Mozilla Firefox 3.x

Selamat datang ke blog ini.. Semoga ia bermanafaat kepada kalian semua... Sebarang cadangan, komen, 'kutukan dan pujian' adalah dialu-alukan.

Tuesday, December 1, 2009

Kongsi Ebook (format CHM)

Bagi setengah orang mungkin agak asing dgn ebook format ini. Apa dia chm? CHM ialah file extension untuk Microsoft Compiled HTML Help. Ebook ini boleh dibaca dlm PC, juga boleh dicetak kalau suka. Yang saya paling suka tentang ebook jenis ini berbanding PDF ialah;
> saiznya yang kecik berbanding isinya.
> boleh dibaca dalam PDA saya.

Pun begitu, bg pengguna PDA perlu install chm reader dulu. Download sini. Pengguna PC tak perlu software khusus utk baca, sebab memang dia dah boleh baca...

Antara ebook yg saya nak kongsikan di sini ialah;

3) Sahih Bukhari (terima kasih tahafarhan2k)
4)Al-Umm As-Syafie (terima kasih fLy_ahmad)
5) How to read a person like a book (terima kasih emina1358)

0 Komen: